NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Wednesday 1 October 2008

Sentap Dengar Lagu Raya

Ini cerita benar!!!


Hari ini hari raya. Tapi aku bukan berada di rumah.
Aku berada di Kedah.
Rumah Sahabat..
Aku macam tak percaya
lagu raya mampu buat aku sentap!.
Selama ini, aku suka dengar lagu raya.
Tapi saat takbir berkumandang.
Aku mula dengar jiran kawan aku pasang lagu raya.
Aku tiba-tiba menangis
Sampai aku tak mampu nak keluar bilik.
Malu.
Mata aku bengkak.
Aku sakit kepala, terus tak dapat join ke masjid.
Aku tunggu kawan aku balik..
aku tengok dah jam 10 pagi
Solat raya di Sabah mesti dah selesai
Aku pun dail nombor mama
Dengar saja suara mama, air mataku jatuh
Tapi aku tahan.
cuma menahan sebenarnya.
Tiba-tiba suara mama bertukar menjadi baba.
itu baba..
Air mata sudah tidak tertahan..
Aku memang manja dengan baba..


Lagu raya sangat jahat.
Tak nak kawan dengan lagu raya!.

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin

Monday 29 September 2008

Menjadi Biro Kerohanian tanpa di rancang.

Assalamualaikum..

Selamat malam buat seluruh penghuni bumi yang sedang menghadapi malam.
Aku baru saja balik dari surau.
Ada sesi taa'ruf dan beberapa perbincangan untuk aktiviti surau.
Sejujurnya, aku adalah remaja yang tidak menghabiskan masa di surau.
Bahkan menjejak kaki di surau pun hanya setahun sekali atau kurang dari 30 kali.
Iaitu pada bulan ramadhan dan solat hari raya.
Itu pun jika tiada halangan.
Jujur aku kata, waktu tadi selepas Maghrib aku malas untuk ke sana.
Sampaikan aku dan kawan aku pakat nak keluar lepak supaya ada alasan tak ke surau.
Surau di Kolej Kediaman Perwira.
Bukan menjadi kewajiban bagi pelajar di kolej kediaman perwira untuk ke surau.
Tapi hari itu, kami mesti pergi.
Sebabnya..
Kawan sebilik aku dah tulis nama aku sebagai wakil rumah untuk biro kerohanian.
Setiap rumah mesti melantik biro-biro atau AJK tertentu.
Dan aku! adalah Biro kerohanian nya.
Kenapa mesti aku?????... itu lah yang aku rungut kan.
Walaupun berat kaki nak pergi,
mungkin sebab kat kaki aku sudah banyak syaitan berpaut,
Tapi aku masih pergi.
Dengan Paan. Kawan sekelas aku merangkap Jiran Blok Sebelah.
Dia pun senasib dengan aku.
Di daftarkan atas biro kerohanian tanpa di ketahui oleh diri sendiri.
Sedar-sedar lagi dah kena pergi miting.
terbaik.
Masa sesi taaruf tadi.
Kami berdua lah orang paling lewat sampai.
Ada dua bulatan di bentuk.
Bulatan lelaki dan perempuan.
Masa tu kami berdua malu-malu nak masuk.
Kerana melihat sekeliling, semua pelajar perempuan yang ada di situ bertudung labuh.
Sedangkan kami berdua hanya tudung yang cukup syarat.
Malu-malu nak duduk.
Kemudian semua di minta perkenalkan diri.
Di mulai dengan lelaki dan seterusnya perempuan.
Bahasa mereka sungguh sopan, bahkan menggunakan ganti diri ana, antum, akhi dan ukty.
Kami berdua hanya membahasakan diri saya.
Selepas perkenalan, perbincangan di mulakan oleh abang senior.
macam-macam yang di bincangkan.
Dan terus terang aku dan paan hanya bisik-bisik sambil tengok jam.
Teringat bantal di rumah. Nak balik....
Terserlah bertapa aku bukanlah orang yang tepat untuk menjadi wakil kepada rumah kami.
Apa pun, aku mendapat beberapa pengalaman dan ilmu pada hari ini.
Dan akan bermula lah sesi menjadi biro kerohanian.
Kerana menurut seorang ukhty (kakak) tadi, perbincangan akan di teruskan lagi beberapa hari.
Nombor telefon sudah di ambil.
Dan mereka akan menghubungi kami nanti.
Tunggu saja mesej jemputan miting..


Selamat malam...

Friday 29 August 2008

M205

Assalamualaikum.

Haiiiiiiiiiii...

ketika ini aku sedang berada di bilik komputer.
Aku sekarang berada di UTHM Batu Pahat Johor.
Bukan lagi di kampung halaman.
Tiada sudah 'bah' tapi cuma ada 'ek'.
Sudah beberapa hari aku di sini.
Tapi aku tak update blog pun.
Sebab di sini aku tak ada laptop.
bahkan nak connect WIFI pun aku tak pandai.
Rupanya ada Settingnya.
Dan perlu daftar password.
Oooooooo.... begitu rupanya jadi pelajar universiti.
Yang paling teruja, nak masuk bilik-bilik tertentu mesti scan kad matrik.
Terus kunci terbuka.
Jakun lah juga terasa. maklumlah orang pedalaman.
Tapi aku cover-cover saja.
Tapi sebenarnya aku teruja. hehehe..

Okey, di mulakan cerita perjalanan.
waktu aku gerak ke sini dulu, Baba, Pak cik asan dan Atok yang hantar aku ke airport kota kinabalu.
Aku nak air asia.
Mama tak dapat hantar sama sebab mama baru balik dari hospital.
Nangis juga lah aku masa tu.
Sampai di SENAI, ada driver UTHM yang datang jemput.
Aku ingat aku sorang saja lambat, rupanya ada seorang lagi pelajar dari Sarawak.
Jadi kami naik ber4 lah dalam kereta tu.
tidak termasuk pemandu.
Kenapa ber4? sebab dia ada mak ayah, tapi aku sorang-sorang.
Masa tu lah aku terasa gila sedih macam orang tak da saudara.
Pemandu hantar ke HEP dan lepas dapat surat, kami di hantar ke kolej kediaman masing-masing.
Bila aku tunjukkan surat, aku dapat kunci rumah M205 (B).
Maksudnya.. rumah aku blok M, tingkat ke 2 dan rumah ke lima. Bilik aku pula yang B.
aku bawa 3 beg besar.
Sangat besar!.
Tapi orang pejabat tak tunjukkan rumah pun.
Siap suruh cari sendiri.
perghhhhh.... barang aku dah lah banyak tu bhai!.
Tapi tak pa... aku kan kuat... kuat tapi sebenarnya nak nangis juga.
Pi lah aku dok tarik beg besar.
Beberapa kali juga aku pusing blok. Tapi tak tahu mana blok M. tak ada tanda.
Alih-alih aku berhenti. tunggu orang lalu.
Tapi tiap kali ada orang lalu, mesti muka diorang penat semacam. Jadi aku tak berani nak tanya.
Terasa rindu mama dan baba serta adik beradik.
Terasa rindu dengan kucing.
sedih.
Masa layan-layan perasaan tu, tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni tanya,
"eh, budak baru ke?". aku pun serba salah nak cakap. sebab bahasa aku memang baku.
aku hanya angguk-angguk.
tapi dia tanya lagi,
"duduk rumah mana ?"

Aku pun kata, " tak tahu lah". Sambil tunjuk kunci serta nombornya.

Dia pun kata, "eh, kita sama blok ni, jom naik sama-sama".

Aku pun ikut saja dia. sampai di tangga dia kata, "Banyaknya beg, mari saya tolong".

Kami pun naik sama-sama dan dia tunjukkan mana rumah aku.

aku ucap terima kasih tanpa tahu siapa nama insan yang baik hati tu.
Mudah-mudahan Allah balas dengan kebaikan.

Aku ketuk rumah beberapa kali. Tiada orang.
aku pun buka pintu dan lihat tiada orang. Mungkin semua ke kelas.
Jadi aku pun letak semua beg dan pergi turun ke bawah cari bas untuk ke fakulti.
Ada banyak cerita yang berlaku sebelum sampainya aku ke fakuti.
Tapi lain kali saja aku cerita.

So sekarang aku dah tinggal di M205. Mungkin untuk 1 atau 2 semester.
sebab dengar kabar rumah akan berubah tiap semester.
Nanti aku perkenalkan housemate aku semua. :)

Fuhhh...

Saturday 2 August 2008

Rakan Serumah Semester Pertama

Selamat Petang korang!.

Hari ini aku nak perkenalkan siapa rakan serumah M205 aku.
Sebenarnya, selepas beberapa hari aku di rumah tu, baru aku bertegur sapa dengan diorang.
Sampaikan menurut diorang, aku nampak pelik saja masa mula-mula sampai.
Ya!. aku sendiri yakin yang aku pelik.
Bayangkan aku tak makan 3 hari sebab rindu dengan keluarga.
Dalam tempoh tu juga aku hanya duduk di rumah selain ke kelas.
Aku hanya diam dan duduk di atas katil.
Begitulah rutin aku hampir seminggu.
Pada hari pertama aku masuk ke rumah itu,
Selepas pulang dari fakulti,
aku buka pintu saja semua dah ada kat rumah.
Tapi aku cuma buat muka tak malu, terus masuk bilik.
Ada satu katil di tingkat atas yang tiada lapik.
Jadi aku kira katil tu kosong dan aku akan tidur di situ.
Tapi masa kat bilik, ada dua orang perempuan yang ada di situ.
yalah, mesti lah perempuan kan. Tak kan lelaki.
Yang seorang tinggi dan kurus. seorang lagi berisi sedikit dan rendah serta memakai kaca mata.
kedua-duanya cantik.
Mereka memulakan perkenalan.
"Hai!!... Kite meera." Yang tinggi itu memulakan perbualan.
"yang tu kak liz (sambil tunjuk ke arah seorang lagi)". Dia menyambung. Lantas seorang lagi tersenyum.
Cara aku cerita ni nampak skema kan??. hehe.

Kami bersalaman dan aku bagitahu nama aku.

aku terus ke katil aku. Baru nak naik, ada dua orang datang.
seorang budak nya kecil saja. Namanya erna. dan seorang lagi berkulit amat cerah dan memakai kaca mata.
Namanya akma.
Diorang tanya umur aku. Aku tua setahun dari meera dan erna. tapi muda setahun dari akma dan kak liz.
jadi, erna dan meera panggil aku 'kak' dan aku panggil yang dua orang lagi 'kak'.
lepas tu datang lagi seorang budak, dia bagitau namanya abu. Abu tunjuk seorang lagi yang sedang duduk di luar.
Dia kata, "itu ali".
Aku pun blurr kejap, dalam hati.. "abu?? ali??"
rupanya, itu hanya gelaran diorang kat rumah dan dalam kalangan kawan-kawan diorang.
Abu itu namanya shazana dan ali itu adalah Farhana.

Ada seorang lagi yang aku tak kenal.

Cuma sesekali aku nampak di keluar dengan buku-bukunya.
Dia nampak garang. Siap tunjuk penumbuk.

Tapi sebenarnya dia baik. dan nama dia adalah azra.

so, abu dan erna sebilik, aku, meera dan kak liz sebilik dan Kak akma, ali dan azra sebilik.

Semuanya ada 8 orang duduk dalam rumah ni.


Semoga sentiasa aman sentosa. hehe..

Friday 1 August 2008

Lagu Negeri Sabah

Salam hari baru di peratauan...

Bulan Ogos pertama aku bukan menemuinya di Sabah..
Mula terasa rindu angin bayunya..
mula terasa rindu pada bau laut dan hempasan ombak.
Bulan ini merupakan bulan Kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Tanah tempat aku berpijak kini.
di jalan aku melihat bendera Malaysia dan Johor berkibar.
Mula merindukan bendera sabah. Negeri yang kaya dengan alam.
Pada malam kemerdekaan, pasti lagu negara dan negeri di nyanyikan.
Tapi aku tak hafal lagu negeri Johor.

Di Sini, aku nak kongsi lirik lagu negeri Sabah.

Mana tahu ada perantau yang sama nasib dengan ku.
Yang merantau ke Sabah tapi tak hafal lagu negeri Sabah.
Sebab tadi aku pun baru google lirik lagu negeri Johor.
Apa salahnya kita hafal lagu negeri orang kan.
Baru lah sama-sama rakyat Malaysia..



Lirik Lagu Negeri Sabah

Sabah tanahair ku
Negeri kita yang tercinta

Pemuda pemudi
semua marilah
bangunlah bersatu semua

Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa

Bersatu segala bangsa sentosa

Sabah negeri merdeka

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-negeri-sabah.html#ixzz2eqjkx997

Monday 14 July 2008

Aku dapat Masuk Universiti. yeeeeaaaaaahhh!!!!

Assalamualaikum.

Hari ini aku happy sangat.
Walaupun banyak persoalan yang ada dalam kepala otak aku.
Sedang aku enak bermalas-malasan di atas sofa. Tiba-tiba kawan sms,
"woi!, keputusan rayuan UPU dan keluar. check cepat!"

Aku pun malas-malas nak check guna SMS.
lebih tepat sebenarnya kalau aku kata aku malas + takut.
Risau keputusan yang menghampakan bulan lepas menghantui hari ku.
Aku baru ingin menjadi kuat, akibat kegagalan ku memasuki Universiti panggilan pertama.
Aku pun sms kepada nombor yang kawan aku bagi.

5 Minit kemudian.

"Tahniah! Anda berjaya di Tawarkan ke UTHM"

Aku tak terus bangun. Sebaliknya bertanya dalam hati UTHM tu apa ?.

Aku SMS cikgu lama. Cikgu Yazid. Tanya UTHM tu apa. Dan cikgu Yazid jawab.
"eh, itu Universitu Tun Hussien Onn. Nama lama dia KUITTHO, Tahniah!"

Baru rasa happy. Rupanya UTHM adalah sebuah IPTA. Dapat juga aku merasa jadi pelajar Universiti.
Alhamdulillah.

Teringat bulan lepas. Bila aku tak berjaya mendapat tawaran. Aku sedih sangat.
aku mula mengeluh. Kenapa aku dapat nasib yang sungguh buruk. Dah lah tak perna menang tiket bertuah. Bila nak masuk Universiti pun aku tak bertuah. Padahal Result STPM aku jauh lebih baik dari kawan-kawan aku yang berjaya dapat panggilan pertama. Mulanya proses merungut. Tapi di sebalik kegagalan itu, aku dapat merasa bertapa mama dan baba menyokong ku. Tidak perna skali mereka membiarkan aku merasa lemah. Dan kini, aku berjaya... Berjaya melangkah, walaupun aku tidak tahu apakah kesudahan cerita ku nanti. Sekurang-kurangnya jalan baru telah terbuka buat ku.


Tapi...

Saat ini, kami sedang sibuk mengurus kenduri arwah nenek. Baru beberapa minggu dia meninggalkan kami.

Nek... lihatlah aku. Cucu mu yang pertama menjejak kaki ke Universiti..

Kalau arwah masih hidup, mesti dia rasa gembira. Dulu dia selalu pesan, Jangan nakal-nakal! belajar baik-baik sampai masuk universiti.

Dan salah seorang pembakar semangatku untuk menjejak kaki ke Universiti adalah Pakcik ku. Adik kepada mama. Walaupun dia hanya masuk IPTS iaitu Universiti Tun Abdul Razak (UiTAR) Tapi perkataan Universiti itu bergitu membakar semangatku. Waktu dia pergi belajar, aku kecil lagi. Tapi riuhnya kami satu keluarga menghantar keberangkatan pergi nya ke Bumi Kenyalang. Aku melihat Burung besi terbang tinggi. Semangat ku turut meninggi setinggi terbangnya ia.. "....aku juga aku menurut jejakmu".

Dan tambah semangat bila aku tengok adik lelaki aku berjaya masuk matrikulasi labuan. Seronok tengok...

Dan... Yeahhhhh!!! aku juga bakal terbang. Ke Bumi semenanjung. Negeri paling selatan. Johor.

Thursday 10 July 2008

Pemula Bicara

salam hari yang indah.

sejak dari pasar tadi, tiba-tiba diriku begitu semangat nak mula buat blog.
tiba-tiba sahaja ikan-ikan terlihat senyum kepada ku (tipu sajeeee).

aku seorang anak yang baru mencapai usia 20 tahun pada tahun ini.
Hasil cinta ayah dan ibu ku, yang ku gelar mama dan baba...
Dengan cinta aku di besarkan. Membawa kenakalan yang bukan dari didikan mereka.
Mereka hanya mendidik ku sesuatu yang baik-baik.
Dan nakal itu datang dari zahirku sendiri yang mungkin mengharap perhatian.
Kata mereka, nakal itu kerana ingin perhatian.
Aku membesar di sebuah kampung yang jauh dari bandar.
Bersama kakak, abang dan dua adikku kami terdidik si ibu,
kami membesar dari hasil titik peluh ayahku.
Dari hanya tahu menangis sehingga sudah pandai menengking
Kasih mereka tetap sama. menatap ku dengan penuh rasa sayang.

Perkongsian cerita dari sebuah blog. Kisah aku. mereka.

Perjalanan hidup mencari dunia dan akhirat.
Sebuah lampu di harap menjadi penyuluh. Itulah Ilmu Allah.

Allahu Rabbi...