NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Thursday 31 December 2009

Terengganu Darul Iman

Bendera











Lagu Negeri

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

Monday 30 November 2009

Selangor Darul Ehsan

Bendera












Lagu Negeri

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta

Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Sunday 29 November 2009

Kenapa Nama Aku Daunan Part 11

Sambungan....

Sejak kami berempat berkawan,
Kami mula keluar bersama-sama.
Tiap minggu dua tiga kali keluar tengok wayang.
Semester ini lah aku baru jadi seorang yang kerap melepak.
Dua semester yang lepas, Aku berempat juga.
Tapi dengan Paan, Oney dan Shikin.
Kami keluar pun sekali sebulan dan tak perna tengok wayang bersama.
Aku cuma tengok wayang bila dengan budak-budak rumah M205.
Kira dua semester pertama aku di UTHM, aku memang kategori budak rumah.
Hanya keluar rumah pergi kelas, beli makanan dan beli barang.
Tapi dengan diorang tiga orang ni aku lain sikit.
Kadang-kadang keluar berdua dengan Corry.
Kami pergi JB, Melaka, Kluang... dan macam-macam tempat kami pergi.
Sebelum ni aku cuma sampai Senai dan Batu Pahat.
Tapi dengan diorang aku lain lah. Aku enjoy sangat.
Hampir kena kejutan jugalah.
Mujur diorang ni kalau keluar malam pun pi melantak ja.
Bukan pergi tempat-tempat maksiat.
Paling maksiat pun wayang lah kot.

Auni dengan Corry agak satu kepala.
Diorang selalu usik Dewi yang terkenal dengan sikap berjimatnya.
Dia suka tunjuk reaksi over excited dalam segala hal.
Seorang yang mudah terasa terutamanya yang melibatkan warna kulit.
Tapi yang baiknya dia ni, dia ni caring dengan kawan-kawan.
Cuma kadang-kadang bersifat kekakaan sangat.
Paling tak tahan bila asal sebut hitam, dia pula yang touching.
Walaupun yang hitam itu tidak ada kaitan dengan hidupnya.
Maka tu menjadi modal si Corry dan Oney Mengusik dia.

Aku pula terkenal dengan ayat, "saya tak kisah... tapi....".
Bab tapi tu buat diorang tiga orang menyampah.
Sebab tu kalau tengok wayang, diorang selalu tanya 'tapi' aku tu.
Diorang selalu tanya, "Gee.. kau nak tengok citer apa ?".
Aku pun jawab, "saya tak kisah, ikut je".
Diorang pun tanya lagi, "betul ni?"
Aku sambung.. "saya tak kisah, tapi tak mau yang bunuh-bunuh, kejam-kejam, over cinta-cinta... bla.. bla. bla.."..
Panjang pula tapinya, terus diorang gelak.
Nampak tu bertapa aku ni tak kisah?. hahaha

Tapi (tapi lagi), satu perkara tentang aku adalah, aku adil dengan semua orang.
Kadang-kadang walaupun aku sedar dewi salah, tapi aku sokong dewi.
Sebab kesian dua orang hentam dia.
Tapi apa pun diorang cakap, aku faham dan aku senyum ja.
Jadi aku masuk ja dengan semua.
Kalau Corry yang kena hentam oleh dua orang, aku sokong Corry.
Begitu juga kalau Oney yang kene usik.
Aku kira macam tukang seimbangkan keadaanlah.
Tapi yang selalu kena memang Dewi lah kan.

Jadi sebab aku macam tu, Corry bagi nama aku Daunan.
Kan daun kan tugas dia merimbun, menutup pokok, seimbangkan pokok.
Daun ikut ja mana angin bertiup. lek-lek sap gam jak.. bilang si Corry.
Dan Oney menjadi Kuntum. Sebab Kuntum itu membentuk bunga.
Bunga yang bersifat sentimentel.
Baca novel sedih pun bergenang air mata dia...
Kadang-kadang ada angin kus-kus lagi.
Itu lah Oney.. Keras hati tapi cepat lembut dengan perasaan.
Ceh ayat...
Lagi pun dia selalu cakap macam ni.. " Aku kan lembut..."

Itu cerita tentang kenapa nama aku daunan.

Geng Pokok, Tangkai Jering Kuntum Daun

Saturday 28 November 2009

Kenapa Nama aku Daunan Part 1

Ada dua orang sahabat baik dan dua orang kawan baik yang kini menjadi empat sahabat baik.
Pendahuluan cerita yang tak menarik. hahaha..

Semester ketiga di UTHM.
Maknanya kami dah masuk tahun dua.
Walaupun sudah tahun dua tapi Kawan baik aku di kelas tak ramai.
Tapi aku tak ada masalah dengan yang lain.Cuma kurang rapat.
Kawan-kawan yang di kira aku boleh rapat tak sampai 10 orang.
Antaranya, Oney, Paan, Shikin, Lela, Lin, dan Kak Hapsah.
Yang lain-lain boleh lah bual-bual tapi tak serapat dioranglah.
Aku bukan peramah sangat dan aku tak pandai ikut topik diorang.
Maklumlah... orang pedalaman.. haha..
Tapi Oney (auni) ni dia jenis pot-pet walaupun
kadang-kadang dia boleh di serang angin kus-kus.
Angin di mana tak siapa berani tegur dia.. Moody..
Bila angin kus-kus dia hilang, nanti okey lah tu macam biasa.
Dia rapat dengan semua budak kelas kecuali budak lelaki.
Jadi melalui dialah aku mula 'berbual' dengan kawan-kawan lain.
Oney rapat dengan Dewi, atau lebih dikenali kak Aisah.
Sebab nama dia Dewi Aisah.
Bukan rapatlah... emmmm... lagi sesuai sebagai
kerap bekerja dalam satu kumpulan.
Mereka berdua selalu satu kumpulan bila buat Assignment.
Dewi ni ada kawan baik nama Corry.
Corry ni budak kelas BPB yang selalu menumpang bilik Aisah.
Dia selalu dapat rumah dengan budak cina sebab orang fikir dia cina.
Tengok lah nama kan, C.O.R.R.Y..
wujud lah pula nama orang melayu macam tu kan.
Tapi dia memang bukan melayu pun, Sarawakian..
dan dia tak ada masalah pun dengan cina.
Cuma mungkin dia lebih selesa sebilik tidur dengan Dewi.
Mereka berdua memang kerap dilihat berjalan kaki dari UTHM ke Perwira.
Orang naik bas, diorang sibuk jalan kaki.
Nampak tu bertapa diorang ni hidup bersederhana.
Sederhana lah sangatkan.. Yuran bas bayar, tapi tak naik.
Antara diorang ada gelaran.
Corry memanggil Dewi Jering sebab Dewi kedekut banyak sikit.
Mungkin dia bukan kedekutlah.. tapi berjimat (jaga hati kawan).
Oleh sebab diorang selalu berdua, Corry lah tangkainya.
Jadilah sorang si jering, sorang si tangkai.

Setiap kali buat kerja berkumpulan, Oney kerap lah ke bilik Dewi.
Bermula dari situ, Oney berkawan dengan Corry.
Waktu itu diorang ja lah yang berkawan.
Aku kawan dengan Oney ja. Tapi adalah juga berbual dengan Dewi.
Jadi lama-lama kami boleh lah di anggap kawan.

Satu hari tu, selepas bercuti, aku nampak Oney di depan Kolej Perwira.
Jadi kami pun bual-bual kejap. Bual punya bual, Dewi pun sampai.
Dia pun kata kat Oney, "Jom ambil Corry kat Senai".
Aku masa tu ingat-ingat lupa Corry tu yang mana. Jadi aku buat tak tahu ja.
Bila aku nak balik bilik, Dewi kata, jom lah gee kalau nak ikut.
Oney pun ajak.. sebab diorang berdua ja.
Dah sewa kancil dah pun.
Oleh sebab aku pun tak ada kerja, aku ikut je lah.
Bermula dari situ lah aku mula berkenalan dan bertegur sapa dengan Corry.
Padahal sebelum tu perna ja satu kumpulan untuk Group Assigment.
Cuma masa tu tak bual sangat sebab kami pun satu group sebab pilihan pensyarah.
Tak da sesi suai mesra pun masa tu.
Selesai kerja terus tak bertegur.
Kalau dalam kelas pun Corry suka duduk terasing.
Dengan rambut tak bersikat, telinga bersumbat.
Entah dia dengar ke tidak lecture membebel kat depan tu.
Nasib rambut dia lurus, tak dalah nampak serabai sangat.

Tapi itu lah permulaan kami berempat menjadi sahabat..

_ _ _ _ _ Bersambung _ _ _ _ _ Part 11

Saturday 31 October 2009

Sarawak Bumi Kenyalang

Bendera












Lagu Negeri

Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Damai muhibbah sentiasa
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawakku cintai

Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa
Kekal lah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat

Wednesday 30 September 2009

Pulau Pinang Pulau Mutiara

Bendera












Lagu Negeri

Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeri ku yang mulia
Ku taat dan setia
Aman dan bahagia

Majulah jayalah
Negeri ku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita

Monday 21 September 2009

Aku Bukan Blogger Tegar

Assalamualakum..

Pagi tadi kawan tanya.
Kawan zaman sekolah yang amat rapat dengan aku.
Namanya Loy.
Dia tanya tentang blog.
Katanya nak tengok blog aku
Tapi aku kata aku jarang menaip isi cerita pada blog aku.
Sebab aku pun penulis tegar blog yang tiap minggu update cerita.
Aku bukan begitu.
Bila aku rasa nak berkongsi sesuatu, baru aku taip.
Mungkin sebulan sekali atau dua bulan sekali atau mungkin..
setahun sekali.
Blog aku agak kosong..
Bagi aku,
lebih baik blog kita kosong dari sekadar nak tinggikan rating dengan cerita bukan-bukan.
Menyebar fitnah mahupun gosip artis.
Ingat, tidak ada kebaikannya dalam mengata orang.
Jika kita bercakap tentang keburukannya orang, jika ianya benar,
kita akan jatuh dosa mengumpat dan mengaibkan.
dan jika ianya salah, kita telah jatuh dosa memfitnah.
menakutkan.
Apapun, aku hanya berkongsi cerita.
Tentang aku. Tentang Dia. Tentang ilmu, saudara dan sahabat.
Itulah kebahagiaan ku..
Haissshhhh mula merindui kawan baik ku.
Lama tak nakal-nakal dengan dia..
Walaupun dia suka cakap macam tunjuk hebat, tapi dia tak menipu.
kalau tipu pun aku boleh tahu dia tipu
sebab dia tak pandai tipu.
Paling aku rindu, makan kuih tompok dengan dia..

Monday 31 August 2009

Perlis Indera Kayangan

Bendera












Lagu Negeri

Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail

Sunday 9 August 2009

Mask di JB

Hello orang-orang bumi!!

Hari yang indah sebenarnya...

Sekarang musim H1N1..

Bukan takut tapi berjaga-jaga..

Pengalaman lucu bersama Tangkai, Jering dan Kuntum... 
kitorang semalam pergi  Johor Bahru (JB).. 
Saja ja buang tebiat berjalan. Melepaskan penat belajar.
Sambil niat tengok tempat orang.
walaupun sebenarnya dah berapa kali juga tengok JB.
Jadi, oleh kerana wabak H1N1 maki kencang, kami pun pakai mask (penutup mulut dan hidung).
Kalau di kawasan ramai orang, kmi pakai mask.. 
Bukan takut ada virus H1N1 tapi macam aku kata tadi lah, Sekadar berjaga-jaga..
Tapi kan, semua orang (hampir semua) menjauhkan diri dari kami... 
Siap ada yangg bisik-bisik kata kami ni mungkin pembawa wabak H1N1...

Terus rasa nak kata.. "tu lah beza org p mengaji yg baca buku dgn org yg p mengaji tp x baca buku..".
Kami bukan takut mati sebab penyakit tu..
Cuma kami tak nak lah sakit hanya sebab berlagak antibodi kuat.
taip bagus gak.. masa dalam bas, orang tak nak berhimpit dengan kami... 
sanggup berdiri dari duduk tepi kami... cian diorang... HIHIHIHI

Bersama-sama lah kita elakkan diri dari terdedah dengan penyakit.

Friday 31 July 2009

Perak Darul Ridzuan

Bendera












Lagu Negeri

Dilanjutkan Allah Usianya Sultan
Adil dan Murah Memerintah Watan
Ditaati Rakyat Kiri dan Kanan
Iman Yang Soleh Allah Kurniakan
Allah Berkati Perak Ridzuan
Allah Selamatkan Negeri dan Sultan

Friday 3 July 2009

10 Tahun Yang Tertinggal

Seperti biasa, tiap minggu pasti ada masalah bekalan eletrik.
Alhamdulillah kini sudah tidak seperti tahun-tahun yang lepas.
Kadangkala kami terpaksa bergelap 2 malam, 3 malam
atau seperti mata berkelip, kejap ada kejap tiada.
Bagi ku kehidupan sekarang amat selesa.
Teringat 16 tahun yang lepas..
Ketika itu aku baru berusia 5 tahun.
Bapaku hanya bekerja sebagai nelayan.
Tiap malam kami bertemankan lampu pelita.
Jika bapa pulang atau pakcik roji (adik mak) ada di rumah,
mereka akan memasang lampu gas.
Hanya lampu itu yang menerangkan kegelapan malam.
Belum pun muncul matahari, lampu gas malap dan tiada lagi cahaya.
Ketika itu bukan kami begitu kerana kemiskinan.
Tapi kerana kemuduran.
satu batang tiang elektrik pun belum muncul di kampungku.

Pembangunan itu datang perlahan-lahan.
Tidak serancak rakan senegara di tanah sebelah.
Namun kami setia kepada pemimpin.
Keluhan memang sering terluah. Tapi menentang tidak sama sekali.
Kami sayang kerajaan.
Kami sayang negara.
kami sayang negeri ini.

Perna dulu cikgu dari tanah seberang perkata begini.
"Pelajar sabah terlalu lemah. Negeri kamu ketinggalkan 10 tahun di belakang semenanjung".
Ketika itu aku masih muda untuk mencerna kata-kata itu.
Saat dewasa ini, aku mula berfikir tentang itu.
Ya, kami lemah.
Kami kurang pandai.
Kami kurang berpengetahuan.
Ada antara kami tidak perna menyentuh komputer.
atok nenek kami tidak kenal apa itu internet.

Tapi lihatlah kenapa kami begitu?.
Bukan kami tidak mahu maju.
Bukan kami tidak mahu melangkah.
Namun menunggu sebatang tiap elektrik pun sudah cukup lama bagi kami.
Menunjukkan jalan berlubang di isi batu pun bertahun lamanya.
Jadi usahlah berharap jalan berturap.
Mujur kita ada sedikit pembangunan.

Sedang di sebelah,
mereka belajar dengan lampu yang terang.
Mereka minum dengan air paip yang bersih.
Mereka berjalan dengan jalan yang berturap.
Mereka mencari maklumat hanya dengan memainkan hujung jari
Bukan dengki kepada mereka.
Cuma harapkan kesamaan layan dari yang memimpin.

Di sini kadang-kadang ada budak yang tersadung terlanggar batu.
Jalan berlopak dan berlubang.
Kasut yang haus, terkoyak pula.
Baju sekolah menjadi kuning kerana di cuci dengan air sungai yang keruh.
Tapi kami generasi muda terus berjuang mengejar 10 tahun yang tertinggal.
Bila kami akan capai?
Kami baru mengejar.
Jauh lagi ingin berlari seiring.

Alhamdulillah kehidupan kini lebih selesa.
Selesa bagi mereka yang biasa hidup sederhana.


Tuesday 30 June 2009

Pahang Darul Makmur

Bendera












Lagu Negeri


"Ya Allah Yang Masa Kuasa

Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".

Senikata yang lama:

"Ya Allah Yang Maha Kuasa

Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami".

Sunday 31 May 2009

Negeri Sembilan Darul Khusus

Bendera













Lagu Negeri

Berkatlah Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai Sihat Dan Makmur
Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur
Akan Berkati Sekalian Yang Setia
Musuhnya Habis Binasa
Berkatlah Yang di-pertuan Besar Di Negeri Sembilan

Thursday 30 April 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah

Bendera












Lagu Negeri

Melaka Negeri Bersejarah
Tempat Tumpah Darah Kita
Dijunjung Dengan Sepenuh Jiwa
Untuk Maju Dan Jaya
Rakyat Melaka Sudah Bersatu Padu
Berikrar Taat Setia
Jujur Berkhidmat Setiap Masa
Melaka Maju Jaya

Saturday 4 April 2009

Sahabat Baik Atau Rapat ?.

"Kalau kamu di luar rumah, keluarga kamu adalah sahabat kamu".

Itu pesan Bapa kepada aku dan adik-adik.
Lelaki tua yang menjadi Hero kami dalam apa jua keadaan.
Hero yang hebat kerana adalahnya wanita hebat yang kami panggil mama.
Pesan itu ada benarnya, kerana sahabat adalah yang bersama kita di luar.
Sahabat darjatnya lebih sedikit dari kawan.
Kita boleh mencari ramai kawan ketawa atau berbual.
Mungkin ketika tunggu bas pun kita sempat berkawan.
Tapi sahabat itu adalah kawan yang bersama susah dan senang.
Yang kita kenal hati budinya.
Tidak perlu tapisan perkataan untuk mereka.
Kerana kita tahu mana perkataan yang mengguris hati mereka.
Sahabat akan bersama kita walaupun kita tidak punya apa-apa.
Dan sahabat itu akan menjadikan kita seperti punya sesuatu.
Itu definisi sahabat bagi ku.

Sahabat itu ada dua jenis.
Sahabat baik atau sahabat rapat.
Kadang ada yang kita anggap diri kita rapat atau baik dengan dia.
Tapi dia anggap orang lain lebih rapat atau baik dengan dia berbanding kita.
Jadi tak semestinya sahabat yang kita anggap sahabat rapat atau baik
akan menganggap kita sama seperti tanggapan kita kepada dia.
Itu bukan masalah.
Yang penting kita yang ikhlas meletakkan tempat itu milik siapa.
Kerana kita yang merasa apa yang kita rasa.

Contohnya aku.
Aku ada sahabat baik yang bernama Loy.
Tapi Loy ada sahabat baik bernama Yos.
Tapi itu tak jadi masalah, sebab aku jadikan Yos juga sahabat baikku.
Jadi kami sama-sama jadi sahabat baik.

Dulu aku fikir Loy sahabat baikku.
Rupanya dia sebenarnya lebih kepada sahabat rapat.
Sahabat baik beza dengan sahabat rapat.
Sahabat baik ni kita boleh bergembira dengan dia.
Kita boleh kongsi gembira, sedih atau apa-apa perasaan dengan dia.
Tapi takkan gaduh kerana masing-masing akan menjaga hati.
Nama pun sahabat baik.
Tapi sahabat rapat ni, kita boleh kongsi segala perasaan dan cerita.
Sama seperti sahabat baik.
Tapi Sahabat rapat mungkin boleh bergaduh dan bermasam muka.
Kadang-kadang hanya kerana perkara remeh.
Sebab sahabat rapat takkan jaga hati sahabatnya.
Maksudnya, kalau dia buat salah, kita takkan guna ayat bertapis.
Kita akan marah kaw-kaw!.
Macam aku dan Loy lah. Dia selalu kecil hati dengan aku.
Kalau aku komen atau tegur dia memang direct ja.
Sikit pun tak jaga perasaan dia. Bukan sebab aku mahu rendahkan dia.
Tapi sebab rasa sayang sahabat tu buat kita takkan tenang
untuk biar dia terus tersalah langkah.
Dia perna kata, "Aku sudah banyak kali sakit hati dengan kau. Cakap nda bertapis". (Slang Sabah)
Tapi walaupun dia sakit hati, dia tetap akan dengar nasihatku.
Sebab aku tahu dia rasa aku cakap apapun semua demi kebaikan dia.
Dan paling penting, sahabat rapat ni, bila ada orang kata sahabat baiknya,
dia akan tolong bersihkan nama sahabatnya itu.
Menjatuhkan tidak sama sekali!.

Kini aku terpisah jauh dari dia..
Dia di UMS, aku di UTHM.
Berhubung tidak sama sekali. Hanya berjumpa bila cuti.
Tapi ketika itu cerita di kumpul.
Kami duduk melepak dari pagi sampai malam, cerita masih belum habis.
Cuti semester satu bulan tak cukup habiskan cerita yang di kumpul.
Itulah sahabat rapat. Nampak macam tak baik sebab tak berhubung.
Tapi saling merindui. "Loy, kau rindu aku kah ?. Serius aku rindu kau"


Makan kuih tompok sama-sama.



Tuesday 31 March 2009

Kelantan Darul Naim

Bendera











Lagu Negeri

Lanjutkan Usia Al-Sultan Kami
Sultan Kelantan Raja Ikrami
Aman Sentosa Tuhan Sirami
Kekal Memerintah Kami
Kasih Dan Taat Setia Disembahkan
Keriangan Diucapkan
Segala Kebesaran Allah Cucurkan
Bertambah Kemuliaan

Saturday 28 February 2009

Kedah Darul Aman

Bendera











Lagu Negeri


Allah selamat Sultan Mahkota

Berpanjangan usia di atas Takhta,

Memelihara ugama Nabi kita,

Negeri Kedah serata-rata

Wednesday 11 February 2009

Jika Anda Terdengar Khabar Angin....

Assalamualaikum..

Setiap hari kita akan melihat, mendengar dan bercakap..
Percaya atau tidak, pada saat mata kita melihat, kemungkinan apa yang kita lihat itu
kita salah faham. Mungkin kita melihat dari sudut yang lain.
Mulalah timbul pandangan yang mungkin TIDAK tepat.
Contohnya kita ternampak seseorang yang sedang memegang pisau,
Di hadapannya terbaring seseorang yang sedang berlumur darah.
Kita mungkin menyangka dia lah yang membunuh.
Padahal, dia yang cuba menyelamatkan.
Begitu juga dengan perbuatan mendengar. Mungkin kita tersalah faham.
Mungkin kita hanya mendengar beberapa perkataan.
Atau pun kita sendiri salah dengar kerana keadaan yang bising.
Keadaan itu mampu membuatkan kita salah menyebarkan sesuatu.
Dan antara perbuatan seharian yang perlu di jaga, iaitu percakapan.
Mungkin tanpa tidak sengaja kita telah melakukan dosa,
hanya dengan sebutir perkataan.
Bercakap keburukan orang itu akan mengundang dua jenis dosa.
Pertama, jika ianya benar, kita telah jatuh dosa mengumpat
                   DAN
jika ianya salah, kita telah memfitnah.

Maka, jaga lah percakapan kita seharian.

Dari ketiga-tiga kelakuan rutin kita ini, khabar angin mudah bertiup.
terutamanya bila kita tersalah pandang, tersalah cakap dan tersalah dengar.
Mulalah tersebar dari mulut ke mulut.
Fakta berubah dari rumah ke rumah.
Hal sejengkal jadi sedepa.. Sampai akhirnya jadi berkilo meter.
Yang menakutkan jika kabar itu mampu menjadi fitnah.
Kemungkinan ada yang menjadi mangsa dan maruah terjajah.

Jadi...

Apa yang patut kita lakukan jika kita terdengar sesuatu kabar?
Adakah kita perlu terus percaya?
Atau sekadar diam dan buat tak tahu?
Atau kita just buka blog dan facebook, lepas tu cerita di situ?.

Ambil lah ikhtibar dari Kisah Abdullah Bin Salam

Siapakah beliau ?. Beliau merupakan seorang Pendeta kaum Yahudi di Madinah.
Beliau sangat Alim dan di hormati.
Suatu hari, beliau mendengar tentang Muhammad SAW.
Seorang Nabi yang di utus untuk menyampaikan Islam.
Namun Abdullah tidak terus melenting.
Walaupun dia seorang Pendeta dan menjadi rujukan kaum Yahudi,
beliau tidak terus berkata yang tidak baik sebaliknya pergi menyiasat sendiri.

TIGA PERKARA yang beliau lakukan selepas mendengar khabar.

Pertama,
Beliau pergi MELIHAT SENDIRI siapa gerangan manusia yang mengaku Nabi.
apabila beliau melihat wajah Muhammad SAW,
Beliau sendiri berasa kagum dan melihat wajah Nabi yang tenang.
Tidak sedikit pun ada riak sebagai seorang yang penipu mahupun jahil.

Kedua,
Abdullah bin Salam, mula MENDENGAR SENDIRI kata-kata dari manusia mulia itu.
Nabi SAW berpesan empat perkara kepada umatnya ketika mula-mula sampai ke Madinah,
pertama menyebarkan salam, kedua, jamulah makanan,
ketiga, menyambung silaturrahim dan terakhir solat malam.
Dari kata-kata manusia mulia itu, Abdullah berasa kagum kerana tidak sedikit pun
Muhammad SAW meninggikan diri. Sebaliknya semua pesanan itu
adalah yang terbaik untuk umatnya.
Abdullah mula merasakan Muhammad SAW adalah nabi yang benar.
Tetapi beliau masih ingin menguji.

Ketiga,
Untuk memuaskan hatinya, beliau BERTANYA SENDIRI kepada Nabi SAW.
Beliau memberikan tiga soalan dan berjanji jika jawapan tepat,
dia akan beriman kepada Nabi Muhammad SAW.
Pertama, apakah makanan pertama yang di makan oleh ahli syurga?
kedua, kenapa muka anak mirip muka ayahnya atau ibunya ?
dan yang ketiga, perkara pertama tanda berlakunya kiamat.
Nabi pun menjawab :
Pertama, makanan pertama yang di makan oleh ahli syurga
ketika di syuga adalah hati ikan paus.
kedua, muka anak mirip muka ayahnya apabila sperma ayah mengatasi ovum ibu
dan muka anak mirip ibunya apabila ovum ibu mengatasi sperma ayahnya.
Ketiga, perkara pertama tanda berlakunya kiamat adalah
api menghalau manusia pergi ke padang Mahsyar.
Mendengar saja semua jawapan Nabi, Abdullah bin Salam berkata ianya benar.
Kemudian beliau terus memeluk Islam.
Lihatlah bagaimana manusia yang bijak bertindak apabila mendengar khabar angin.

Cerita tersebut dari Anas bin Malik, riwayat Bukhari dan Muslim.

Jadi, kita bagaimana?

Untuk mengelakkan kita tersalah anggap, carilah kebenaran khabar itu sebagaimana cara ianya tersebar. Lihatlah sendiri, dengarlah sendiri dan tanyakanlah sendiri.

Saturday 31 January 2009

Negeri Johor

Bendera












Lagu Negeri



Allah peliharakan Sultan


'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor


Allah selamatkan Sultan.