NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Saturday 17 September 2011

CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENGABAIAN NAFKAH


1. Komunikasi Yang Baik

Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)


Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita. Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya-poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri.



2. Meningkatkan Pengetahuan Isteri terhadap Hak Isteri

Peruntukan undang-undang menetapkan tanggungjawab suami membayar nafkah di bawah seksyen 72 (1) (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu menjadi kewajipan lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau orang lain, mengadakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah dan bergantung kepada kemampuan dan taraf kehidupan dengan membayar kosnya (Metro, 2011). Pihak isteri boleh memohon kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) sekiranya sudah mendapat perintah nafkah anak. Bahagian berkenaan adalah satu unit baru ditubuhkan untuk membantu ibu yang sudah mendapat perintah pembayaran nafkah anak tetapi tidak dipatuhi bapa (Metro, 2011).

Sekiranya isteri tahu hak mereka dan tahu dimana saluran yang betul untuk menegakkan keadilan, isu pengabaian nafkah boleh di selesaikan degan mudah. Isteri perlu bertindak menerusi peguam syarie atau mahkamah kerana suami bukan hanya tidak takut dengan bekas isteri, bahkan tidak takut dengan balasan akhirat (Dr Mohd Fadzilah Kamsah[9], Metro, 2011). Oleh itu dengan mendapatkan perintah mahkamah dan memberi peringatan kepada golongan suami, ia antara cara yang boleh diguna pakai dalam usaha mendapatkan hak anak-anak agar tidak dipinggirkan bapa sendiri. Selain itu, gunakan orang tengah atau mereka yang disegani bekas suami seperti keluarga, saudara-mara atau rakan karib. Memahami hukum-hakam agama mampu menyedarkan lelaki berkenaan mengenai tanggungjawabnya. Terdapat juga cadangan daripada agensi lain yang mencadangkan agar pembayaran nafkah dibuat melalui potongan gaji suami. Oleh itu, nafkah boleh di salurkan terus ke dalam akauan anak-anak.



3. Mengatur Hubungan Seksual Antara Suami Isteri

Penyaluran gelojak nafsu seksual secara halal merupakan salah satu hikmah perkahwinan. Ianya juga menjadi salah satu keperluan dalam memenuhi nafkah batin isteri. Oleh itu, ramai para ulama berpendapat bahawa melakukan hungan seksual merupakan salah satuhak isteri yang wajib dipenuhi oleh suami secara wajar dan tidak boleh diabaikan kecuali apabila terdapat alasan yang munasabah (Muhammad Bagir, 2008).

Wednesday 7 September 2011

Terima Kasih

Salam hari yang indah..

"Terima kasih". dua perkataan yang simple.
'terima' itu bermaksud mengambil sesuatu yang di beri
manakala kasih bermaksud sayang
Jadi adakah maksud ungkapan terima kasih itu mengambil kasih yang diberi?.
Bagi aku, ucapan terima kasih itu masih seperti itu.
Maksud itu aku tu adalah 'mengambil kasih yang diberi'.
Tapi itu hanya yang tersurat.
Tersiratnya adalah suatu tanda penghargaan.
kerana apa ?. sudah pasti ucapan itu terucap kerana seseorang melakukan
perkara baik terhadap kita.
atau mungkin...
iainya kerana kita terasa apa yang di berikan oleh seseorang itu berguna pada kita.
contohnya macam kita pergi kedai,
orang kedai tu bagi layanan yang cukup baik kepada kita.
Kita berasa senang dan urusan kita mudah.
Kalau dilihat dari sudut faedah, orang kedai yang patut ucapkan terima kasih kepada kita.
sebabnya kita membeli apa yang dia jual. Kita dah beri keuntungan kepada dia.
Tapi sebenarnya kita juga patut ucap terima kasih kepada dia
kerana dia memudahkan urusan membeli kita.
Begitulah bagaimana ungkapan itu memainkan peranannya.

Hebatnya ungkapan itu sebenarnya mampu meresap ke hati.
Kerana sebenarnya ucapan itu adalah penghargaan murah yang sebenarnya tinggi nilai nya.
Kalau tak percaya, cuma jumpa mak ayah atau telefon mereka.
Kemudian kata, "ibu/ ayah... terima kasih kerana lahirkan saya ke dunia ini"
percayalah air mata gembira akan bergenang di tubir mata mereka.
Dan percayalah kalau mereka depan mata, kita pasti dapat ciuman.
Paling kurang pun dapat senyuman kegembiraan daripada mereka.
Hebat kan?
Tapi sebenarnya paling hebat lagi apabila, tidak ramai anak yang mampu ucapkan perkataan itu.
kerana ianya ucapan yang ringan tetapi berat jisimnya.
Hebatkan?.

Ucapan terima kasih sebenarnya mampu lembutkan hati seseorang.
contohnya bila bertemu dengan orang yang garang.
Kita ada urusan dengan dia.
Tapi dia layan tak layan saja.
lepas tu bila urusan selesai, kita berdiri depan dia, ucap terima kasih dan senyum.
percayalah bila kita ada urusan dengan orang tu lagi,
dia akan layan kita dengan lebih baik dari yang asal.
Paling kurang pun, dia tak kan lambat-lambat macam sebelumnya.
Sebab dia terasa kita dah beri dia penghargaan.
Melainkan orang yang korang jumpa tu memang bapak segala malas.

Jadi...
Cubalah amalkan ucapkan terima kasih kepada orang lain.
Walau apa pun yang dia lakukan.
Walaupun dia memburukkan kita, ucaplah terima kasih.
Kerana dengan cara itu, dia mungkin rasa buruknya perangai dia memburukkan kamu.
Ucaplah terima kasih pada sesiapa yang telah berbuat baik kepada kita.
Ucaplah terima kasih pada sesiapapun yang menolong kita
dan yang paling penting, ucaplah terima kasih kepada mak ayah kamu yang telah melahirkan, mendidik dan menjaga kita dengan kasih sayang.

Jom telefon mak ayah....

Dari jauh terasa rindu mama dan baba...
terima kasih kerana melahirkanku dan membesarkanku..