NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Sunday 30 October 2011

Perlembagaan dan Hubungan Etnik

Perlembagaan

Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Tun Mohamad Salleh Abas telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden (Salleh Abbas, 1986). Ini berbeza dengan pendapat yang dikemukan oleh Profesor Dicey, bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Skop yang beliau nyatakan lebih kecil berbanding apa yang di katakan oleh Tun Mohamad Salleh Abas. Walaubagaimanapun, dalam apa juga pendapat, perlembagaan tetap menjadi rangka penting untuk dalam perbentukkan undang-undang negara.

Menurut Husin Mohd Tap, et.al (2008), terdapat beberapa pendapat mengenai tokoh-tokoh ilmuan mengenai perlembagaan. Antaranya ialah:-



1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.

Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.

2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.

Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.

3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.

Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.

4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.

Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.

5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.

Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.

6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.

Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.

.

Perlembagaan Malaysia


Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada gabungan dua dokumen penting iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957 (1KLIK, 2011). Perlembagaan Malaysia kemudiannya telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang dibentuk pada 21 Mac 1956 bertujuan untuk membentuk dan mengkaji perlembagaan persekutuan Malaysia sebagai persediaan dalam mencapai kemerdekaan ( Portal Arkib, 2010). Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu Lord William Reid yang merupakan seorang hakim Mahkamah Rayuan England.

Cadangan Suruhanjaya Reid telah diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957. Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Hubungan Etnik

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciribudayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Inibererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di manaanggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikapetnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebihutama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil,berada ditahap rendah atau tidak bermoral. Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulanganwalaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah rasdan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Menurut J. S. Furnival (dipetik dalam Muhammad Agus, 1993), masyarakat yang berbilang kaum atau majmuk adalah masyarakat yang mana setiap kaumnya berpegang teguh kepada kepercayaan dan agama, bahasa, budaya dan amalan adat masing-masing. Sebagai kumpulan masyarakat mereka hanya bertemu di kedai, semasa berjual beli tetapi apabila mereka pulang ke rumah, mereka akan mengamalkan adat masing-masing.