NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Wednesday 12 December 2012

Ubat Penangkal Bagi Isteri yang salah

Assalamualaikum Orang Bumi...


Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Surah an-nisaa' ayat 34



Sering kita dengar di dada-dada akbar, di muka tv dan di hujung alwa telinga apabila berlaku pergaduhan besar, isteri dipukul, gantung tanpa tali dan sebagainya akibat kegagalan si isteri memuaskan hati suami. Ada juga kejadian itu berlaku akibat sikap buruk si suami itu sendiri. Namun, dalam hal ini, saya cuba menyentuh situasi bagaimana untuk menangani atau menangkal si isteri yang salah atau nusyuz.

Merujuk kepada Firman Allah dalam surah an-nisaa' ayat 34, jelaslah kepada kita bahawa, Allah menyuruh kita mengamalkan tiga tahap sebagai penangkat bagi isteri yang salah.

Tahap Pertama: Menasihati

Apabila seorang suami mendapati si isteri telah melakukan kesalahan atau kelalaian. Apa yang paling pentig adalah seorang suami perlu menasihatinya dengan cara yang lembut. Kadang-kadang, seorang isteri melakukan kesalahan mungkin hanya kerana si isteri sedang keliru atau terpengaruh dengan orang lain. Contohnya apabila si isteri keluar rumah tanpa izin suami, ianya mungkin berlaku apabila suami sibuk di luar, maka, ada jiran atau sanak saudara yang mengajaknya berhibur di luar. Seorang suami yang baik seharusnya bijak menasihati dan bertanya kenapa isterinya melakukan hal yang demikian. Keadaan nasihat menasihati seharusnya di kekalkan sejak dari awal perkahwinan dengan tutur kata yang lembut. Seorang wanita atau isteri mempunyai hati yang mudah tersentuh. Kata-kata yang lembut akan lebih menyedapkan hati nya dan kata-kata yang kasar akan mudah mengguris hatinya. Hati seorang isteri yang sentiasa terjaga dan terdidik akan lebih patuh pada suaminya.


Tahap Kedua : Menjarakkan atau Meninggalkan Tempat Tidur.

Jika sekiranya seorang isteri itu gagal untuk di nasihati, perkara kedua yang patut dilakukan oleh seorang suami itu adalah meninggalkan tempat tidur isterinya. Hal ini bermaksud, tidak tidur bersama isterinya seperti biasa. Hal ini untuk menyedarkan isterinya bahasa si suami sedang tidak berasa gembira dengan apa yang sedang berlaku. Seorang isteri juga lebih sensitif apabila suaminya tidak mahu tidur bersamanya. Maka si isteri pun mungkin akan mula memikirkan kesalahannya itu. Mudah-mudahan hatinya tersentuh dan kembali memujuk suaminya dengan mengubah perangai buruk nya.


Tahap Ketiga : Memukul Isteri

Islam adalah sebuah agama yang bencika kekerasan. Apatah lagi menyakiti wanita yang lemah. Namun, apabila seorang isteri sudah tidak boleh di nasihati atau di tegur dengan cara sebaiknya, maka seorang suami berhak untuk memukul isterinya. Namun, hak ini adalah masih berbatas kerana tujuan memukul isteri mestilah dengan niat bukannya untuk menyakiti isteri nya tetapi hanya untuk mendidik. Oleh itu, memukul isteri tidak boleh dilakukan sesuka hati apatah lagi sehingga mengundang kecederaan pada si isteri. Nabi Muhammad SAW amat tidak menyukai orang yang memukul isteri. Bahkan Baginda sendiri tidak perna memukul isteri. Oleh itu, tahap memukul di letakkan di akhir tahap untuk menegur seorang isteri kerana bukan semua perkara mampu di selesaikan dengan kekasaran.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Janganlah seorang dari kalian mencambuk istrinya seperti cambukan budak, kemudian ia menggaulinya di akhir hari. (Sahih Bukhari dan Muslim)