NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Tuesday 21 January 2014

'Kangkung cetus 13 Mei bila telunjuk cucuk mata'

Itu tajuk yang aku ambil dari Malaysiakini

Isu kangkung jadi popular menjelang tahun 2014. Seolah-olah perkara ini adalah isu berat sehingga ramai yang membincangkannya. Sudah masuk 2 minggu isu ini menjadi popular tapi orang ramai masih terus membincangkannya. Bagi aku, mentaliti seorang anak muda yang suka bergurau, aku hanya memandang isu ini sebagai bahan yang boleh dibuat gurauan. Mungkin ini adalah satu isu yang wujud dari kelemahan seorang pemimpin. Mana ada manusia yang sempurna, mungkin PM kita cuma niat memberikan contoh kangkung. Silapnya nilai kangkung itu tidak begitu tinggi di mata rakyat terutamanya bagi rakyat yang ada taman tanam kangkung di belakang rumah. Aku bukan niat membela PM, tapi aku cuma rasa itu hanya sebuah ucapan yang salah menggunakan contoh. Mungkin selepas ini PM perlu lebih peka dalam mengutarakan contoh, kerana rakyat Malaysia perlukan sesuatu yang lebih penting seperti Minyak, Beras, Sumber protein utama (ayam,daging dan ikan) dan lain-lain.

Merujuk kepada tajuk di atas, Ketua penerangannya Muhammad Zahid Md Arip berkata, "(Peristiwa) 13 Mei kita rasa akan berulang kembali. Ia boleh berulang kembali kalau ada yang mahu ia berlaku.
"Macam isu kangkung kalau keterlaluan, sampai kata orang 'telunjuk mencucuk mata'. Ia tidak mustahil boleh berlaku".

Aku tertarik dengan ayat beliau, "Ia boleh berulang kembali kalau ada yang mahu ia berlaku"

Apa pun perkara, jika ada yang mahu ia berlaku, ia akan berlaku. Kalau tak berlaku pun akan nampak kesannya kepada 'hampir berlaku'. 13 Mei bukanlah suatu majlis keramaian atau perayaan yang perlu kita raihkan kembali. Tapi ianya adalah sebuah kejadian yang menjadi igauan ngeri generasi mak ayah kita dulu. Kejadian yang menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa. Kemusnahan yang bukan dibuat oleh orang lain tapi oleh rakyat kita sendiri. Perbezaan kaum sepatutnya menjadikan keadaan sebuah negara itu warna-warni, meriah dan unik. Kita semua ada warna kulit yang berbeza, tapi warna rambut kita sama. Jadi bila kita berhimpun dalam semua majlis yang aman, jika di lihat dari atas, tiada bezanya kita. Jadi lebih baik mencari persamaan berbanding berbezaan.

Aku sebenarnya tak sangka isu ini begitu berat, sampai dikaitkan dengan isu 13 Mei. Terkejut juga baca. Tapi bila lihat satu gambar ni, 


Bagi aku, gambar ni macam tak matang, macam budak-budak. Nampak sangat menghina. TAPI!, aku perna juga nampak Parti sebelah sana buat macam kartun yang menghina Parti lain. Jadi adil. Cuma yang tak best nya untuk ini adalah, mereka bermain atas nama 'kaum'.

Jadi, harap-harap rakyat Malaysia lebih bijak dalam menangani apa-apa isu terutamanya yang melibatkan kaum dan agama. Biar lain pendapat, biar perang mulut, tapi janganlah sampai gaduh-gaduh. Yang aman itu kita kekalkan di samping kita mengejar hak. Jangan Racist!. Carilah keadilan untuk rakyat Malaysia, bukan hanya untuk kaum sendiri.

No comments:

Post a Comment